alieyaemptyinemptytheemptyhouseemptydontemptyforgetemptytoemptyfollowemptytau

25 December 2013

Tinggal kenangan. Al-fatihah~

Assalamualaikum …
Today I wanna talk about my arwah nenek. Kita panggil beliau,Mok. Mok is the best woman in my life. She really love her cucu so much. Mok selalu manjakan cucu-cucunya. Mok tak pernah pilih kasih. Kasih sayangnya dibahagi sama rata. Kita tak sempat kenal lama dengan mok. Cuma lapan tahun jer. Mok meninggal tahun 2006. Masa tu, umur kita 8 tahun. Walaubagaimanapun, kita still dapat ingat apa yang mok lakukan .

Cara dia layan kami. Mok selalu suapkan kami makan. Walaupun umur cucu-cucunya sudah belasan tahun tapi dia tak pernah rasa segan. Perkara yang paling kita tak boleh lupakan is kita taknak makan makanan yang mok nak suapkan kat kita. Mok nak suapkan nasi with ikan singgang. Dulu,kita suka makan makanan yang mahal-mahal. Kita selalu merungut bila mok nak suapkan nasi. Mok hanya senyum jer. Mungkin dia fikir kite still budak-budak yang kuat meragam.Oneday, mok panggil kita untuk makan. This time,still ikan singgang yang mok nak suapkan kat cucunya. At first, I don’t want to eat when mok called me. Tapi, setelah berkali-kali mok panggil, kita mengalah.

Suapan yang pertama,kita kerutkan muka. Ya Allah, hanya Allah jer yang tahu betapa sedapnya ikan singgang tu. After that, I asked for one more suapan. Seriously, it was sooo good. Then, hari-hari yang seterusnya,bila mok nak suapkan kitaorang makan, kita adalah orang yang first sekali datang dok tecongak depan mok. Walaupun kita suka sangat-sangat dengan nasi tu tapi kita tetap tak mintak maaf dengan  kedegilan kita sebelum ini. I was so embrassed. Rasa malu sebab mok layan kite bagai menatang minyak yang penuh tapi kita tak appreciate langsung.

After a few month, mok mengadu sakit-sakit. My abah and ayah-ayah saudara kita,hantar mok ke hospital. Mok terpaksa ditahan kat wad. Kite dah lupa penyakit mok. Walaupun mok sakit tapi wajah mok tetap dihiasi dengan senyuman. Banyak hari jugaklah mok ditahan kat hospital. Dia selalu mintak dengan doktor nak pulang ke rumah. Satu hari tu, mok nampak betul-betul sihat and mok dibenarkan pulang. Dalam perjalanan pulang, mok tiba-tiba cakap nak makan telur penyu. Dah lama katanya tak makan telur penyu. Masa tu, kite pergi ambik mok dengan ayah and ibu saudara. Ayah saudara kita pun turun pergi beli. Masa tu, telur penyu still murah.

Mok happy sangat bila sampai rumah. Keesokannya mok mengadu sakit pulak. My abah and uncles bercadang nak bawa pergi ke hospital. Belum sempat nak bawa ke hospital. Erm… Mok menghembuskan nafasnya yang terakhir. My abah is a man yang susah nak nangis tapi that day abah nangis. Yalah, seorang ibu yang melahirkan abah telah pergi buat selamanya ,kan. Kita tak boleh bayangkan macam mana kalau ma kita pergi menghadap ilahi masa usia kita yang masih muda ni. Jenazah mok memang cantik sangat. Tersenyum. Mok selamat dikebumikan disebelah arwah datuk kite. Sesuai dengan permitaan mok dulu.Sekarang, kita makan jer apa yang dihidangkan oleh my ma.

Selepas arwah mok dijemput oleh Allah, kita banyak berdiamkan diri. Tak banyak cakap dengan orang. Kawan-kawan selalu tanya kenapa kita tak banyak cakap. Jawapan kita hanyalah senyuman. Kita tak mampu nak jawap soalan tu. Kita cakap dengan perempuan jer. Lelaki, bila perlu. Tapi alhamdulllah, kita dah boleh bergurau senda dah sekarang dengan kawan-kawan bila naik sekolah menengah. Mereka mengajar kita menjadi orang yang lebih kuat. Mungkin bagi sesetengah orang cakap kita sombong. Kita sombong dengan lelaki jer tau. Perempuan is my geng. Kalau nak gedik-gedik, just gesik-gedik ngan pompuan.

Setiap yang hidup pasti akan mati.When I write this entry, It makes me… sad. Sedih sangat. Kita rasa nak nangis. Kita harap mok dapat maafkan  sikap kita dulu. Kita hanya mampu berdoa semoga mok ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. AMIN.ALFATIHAH.

n